MISTIK ALAM MELAYU oleh NAIM TAMDJIS
Lagi satu buku keluaran The Patriots yang aku tunggu sejak dia habis stok. Beli masa year-end-sale masa harga tengah murah. Kalau diikutkan, ini buku kedua dari Naim Tamjdis yang aku baca. Buku pertama yang aku baca ialah Manuskrip Mealyu Yang Hilang. Dari buku pertama tu , aku da boleh agak gaya penyampaian untuk buku kedua ni.
Penerbit: The Patriots
Kulit Buku: manila tebal
Harga: RM 20.00 (sewaktu promosi)
Sinopis:
“Penggunaan
azimat untuk membalas dendam dan niat jahat yang lain merupakan salah satu
jenis sihir selain serapah dan ritual tertentu.” – R.O. Windstedt
Pada
zaman kolonial, dua orang pentadbir British di Tanah Melayu sangat berminat
mengkaji ilmu mistik orang Melayu. Sebut sahaja nama R.O. Windstedt dan Wilkinson,
mereka sering dikaitkan dengan mistik alam Melayu. Namun ilmu mistik bukanlah
baru ditemui oleh mereka, tetapi telah lama berakar sejak zaman kepercayaan
animisme orang Melayu lagi.
Malah
ilmu mistik orang Melayu banyak terakam dalam kitab-kitab kuno orang Melayu itu
sendiri. Kepercayaan terhadap mambang, hantu, ritual mistik, perubatan kuno
menggunakan serapah, persenjataan, sihir, perkara ghaib, penujuman dan
peramalan menjadi khazanah di perpustakaan istana atau pembesar pada zaman itu
sebelum diselongkar oleh mereka berdua.
Kini,
segala penemuan mereka kembali ditayangkan untuk tatapan anak bangsa. Bukanlah
untuk mengajak anak Melayu berpaling ketaatan mereka terhadap Allah, namun ia
sekadar sebuah dokumentasi tentang satu fasa dalam kebudayaan orang Melayu itu
sendiri.
Ok, dari synopsis dah bole tau rasanya buku
ni pasal ape. Yup, buku ni dari muka depan sampai la belakang semua bercerita
pasal perkara mistik dan misteri yand ada di dunia melayu. Buku ni ade 10 bab
kesemuanya. Dan setiap satu bab menceritakan setiap satu unsur unsur mistik
dalam kalangan masyarakat melayu contoh seperti Lagenda dan mitos, perubatan,
pantang larang, pemujaan, ritual dan sebagainya. Pernah dengar kan pasal cerita
cerita mistik yang selalu kite dengar masa zaman sekolah. Pantang larang yang
orang tua pesan sewaktu kita kecil dahulu contoh macam balik rumah sebelum
maghrib, anak dara jangan duduk dekat tangga dan sebagainya. Bila dah dewasa ni
kita selalu fikir apa logik semua pantang larang tersebut. Semua tu ada diterangkan
dalam buku ni mengenai relevan pantang larang tersebut. Dalam buku ni penulis
akan bawa kita menyelusuri alam silam sambil menceritakan tentang ritual
ritual, ceritera mitos dan kisah-kisah mahluk halus yang popular dalam kalangan
masyarakat.
Bahagian yang paling aku suka dalam buku ni
ialah penceritaan mengenai pawang, bomoh, mak bidan dan sebaginya serta peranan
mereka dalam masyarakat. Bila aku membaca, aku akan membayangkan. Aku suka cara
penulis sampaikan penulisan dia. Cara penulisan dia tidak la terlalu terperinci
tetapi boleh difahami, cukup untuk aku bayangkan keadaan ritual yang dilakukan
oleh pawang atau bomoh. Penulis bijak dalam menyusun ayat bagi menjadikan
penulisannya menarik. Selain daripada itu, umum diketahui yang dunia mistik alam
melayu ini terlalu luas. Banyak aspek mistik melayu dari segi perubatan
tradisional, sihir, makhluk halus dan sebagainya. Namun semua aspek Berjaya
ditulis dengan santai dalam satu buku sahaja.
Apa yang aku nak gariskan mengenai buku ini
pertama sekali gambar. Mungkin gambar yang disertakan agak menyeramkan bagi
segelintir orang macam aku.hahaha. terkejut aku tengok gambar polong. Nasib
baik masa tu dibaca pada waktu tengahari. Bagi mereka yang tidak berapa suka
berkenaan perkara seram, aku sarankan untuk baca buku ni pada waktu selain
waktu malam. Takut tak bole tidur nanti. Selain itu, seperti yang aku tulis di
atas, buku ini ditulis secara santai dan tidak terperinci. Bagi mereka yang
mempunyai daya ingin tahu yang tinggi, perlu juga menggunakan khidmat Google
untuk tahu lebih lanjut mengenai sesetengah perkara. Contoh, penulis ada
sertakan pantang larang tidak boleh lalu di bawah ampaian, tetapi tidak
menceritakan relevan pantang larang tersebut.
Secara keseluruhannya, buku ini merupakan
satu buku permulaan yang baik bagi menyelongkar misteri alam melayu. Daripada
pengenalan yang diberikan dalam buku ini akan membuatkan kita menjadi ingin
tahu secara terperinci tentang ilmu ilmu mistik yang diamalkan oleh nenek
moyang kita sewaktu ketika dahulu. Buku ini juga ditulis dalam bahasa yang
cukup mudah untuk difahami begitu juga dengan cara penceritaan. Aku hanya
mengambil masa sehari sahaja untuk menghabiskan keseluruhan buku.
My Rate: 3.95/5
GoodReads rate: 4.11/5
Comments
Post a Comment