SELOKA TMB2 VERSION 2013 ^^
SELOKA PENGAKHIRAN
5 semester telah diteroka
Penglipur lara kembali berseloka
Menyambung hikayat sebuah keluarga
Yang dahulu muda sekarang dah tua
Masa berlalu meninggalkan kenangan
Namun yang manis takkan dilupakan
Kini dengarkan kisah sambungan
Ada yang sama, banyak pula perbezaan
Hendak dimulakan sebuah cerita
Salam pengenalan pembuka jendela
Namun kerisauan tetap terasa
Takut terlepas pekung di dada
Masih terkenang di tahun Satu
Waktu berjalan tertunduk malu
Amal yang kini bukanlah yang dulu
Kini tampil bermuka buku
Semakin bergaya tak kira masa
siddiq kini bukan lagi ketua
imbaukan kembali di seloka pertama
naqib berjaya menampakkan hasilnya
dulunya lincah membuat sapuan
hanep yang kini pengarah sukan
khalis bergaya berbagai jawatan
takkan sesekali melupakan teman
biarlah mati meninggalkan jasa
demikianlah prinsip seorang tentera
husna dan hana menunggang bersama
teman sebilik berkongsi cerita
kini hajar bergelar Jaksa
mengikat perut nak kurus katanya
dulu atin hidup bersederhana
kini empunya sebuah saga
penghulu jati diberi penghormatan
golongan dewasa menjadi sasaran
kaklong kini penari kebudayaan
tauhu lampong makanan kegemaran
rumah puaka tempat beradu
ular berbisa sering menganggu
gelisah Cik rai hendak mengadu
kursus kahwin akhirnye di tuju
bermula karier di TMB tiga
surat dipohon ditolak semuanya
Najwa dan Fizah kini bahagia
Keluarga baru di TMB dua
Kononnya juara di Kinabatangan
Akhirnye tumpas di negeri Sembilan
Itulah Farah perakit handalan
Sekadar merangkul naib johan
Harapan berjuang di bumi Ghaza
Wanita kini berjiwa perwira
Zuzu dan jiha sehati sejiwa
Memandu jentera besar posternya
Terimbau tabiat tepukan bersilang
Ummul kini semakin matang
Sahabat karibnya ku gelar maknjang
Menunggang laju tak pandang belakang
Thiyah kecil cili berapi
Kembar tersayang dah jadi MPP
Kononnya rembau kampung di hati
Pinang Gading malu nak akui
Jawatan setiausaha perkara biasa
Mungkinkah subiha dah penat bertanya
Kekal rentak ketawa yang lama
Safee yang menunggang dayah dapat nama
Biar masa ditelan zaman
Trademark NEHI tetap dikekalkan
Lani kini sudah tak segan
Bersusun berlian hingga ke lengan
Hutang budi takkan kulupakan
Penyelamat hidupku dari siksaan
Setiap semester dianugerahi dekan
Hanan hebat apa kurangnya Wan
Pari-pari terbang meninggalkan kita
Selesai tugas membersih jiwa
Hilang ghaib Mek Ti di angkasa
Mengapa dibawa hizami bersama
Selesai sudah melakar nukilan
Kehendak Amal terpaksa dilayan
Andai hamba terlebih gurauan
Ambil yang manis yang pahit lupakan
Diri penglipur masih dirahsiakan
Bakat hamba tiada tandingan
Seloka ini jadi pengakhiran
Sebagai kenangan selepas bergraduan
Ukhwah dibina di dalam keluarga
Takkan goyah dek taufan melanda
Jadikan memori hidup bersama
Sebagai ingatan kita selamanya
Harap diriku kalian tak lupa
Semoga kita Berjaya semuanya
Salam terakhir buat semua
Andai kita tak ketemu semula
Narrated by:
Fixorites macheda
2013
5 semester telah diteroka
Penglipur lara kembali berseloka
Menyambung hikayat sebuah keluarga
Yang dahulu muda sekarang dah tua
Masa berlalu meninggalkan kenangan
Namun yang manis takkan dilupakan
Kini dengarkan kisah sambungan
Ada yang sama, banyak pula perbezaan
Hendak dimulakan sebuah cerita
Salam pengenalan pembuka jendela
Namun kerisauan tetap terasa
Takut terlepas pekung di dada
Masih terkenang di tahun Satu
Waktu berjalan tertunduk malu
Amal yang kini bukanlah yang dulu
Kini tampil bermuka buku
Semakin bergaya tak kira masa
siddiq kini bukan lagi ketua
imbaukan kembali di seloka pertama
naqib berjaya menampakkan hasilnya
dulunya lincah membuat sapuan
hanep yang kini pengarah sukan
khalis bergaya berbagai jawatan
takkan sesekali melupakan teman
biarlah mati meninggalkan jasa
demikianlah prinsip seorang tentera
husna dan hana menunggang bersama
teman sebilik berkongsi cerita
kini hajar bergelar Jaksa
mengikat perut nak kurus katanya
dulu atin hidup bersederhana
kini empunya sebuah saga
penghulu jati diberi penghormatan
golongan dewasa menjadi sasaran
kaklong kini penari kebudayaan
tauhu lampong makanan kegemaran
rumah puaka tempat beradu
ular berbisa sering menganggu
gelisah Cik rai hendak mengadu
kursus kahwin akhirnye di tuju
bermula karier di TMB tiga
surat dipohon ditolak semuanya
Najwa dan Fizah kini bahagia
Keluarga baru di TMB dua
Kononnya juara di Kinabatangan
Akhirnye tumpas di negeri Sembilan
Itulah Farah perakit handalan
Sekadar merangkul naib johan
Harapan berjuang di bumi Ghaza
Wanita kini berjiwa perwira
Zuzu dan jiha sehati sejiwa
Memandu jentera besar posternya
Terimbau tabiat tepukan bersilang
Ummul kini semakin matang
Sahabat karibnya ku gelar maknjang
Menunggang laju tak pandang belakang
Thiyah kecil cili berapi
Kembar tersayang dah jadi MPP
Kononnya rembau kampung di hati
Pinang Gading malu nak akui
Jawatan setiausaha perkara biasa
Mungkinkah subiha dah penat bertanya
Kekal rentak ketawa yang lama
Safee yang menunggang dayah dapat nama
Biar masa ditelan zaman
Trademark NEHI tetap dikekalkan
Lani kini sudah tak segan
Bersusun berlian hingga ke lengan
Hutang budi takkan kulupakan
Penyelamat hidupku dari siksaan
Setiap semester dianugerahi dekan
Hanan hebat apa kurangnya Wan
Pari-pari terbang meninggalkan kita
Selesai tugas membersih jiwa
Hilang ghaib Mek Ti di angkasa
Mengapa dibawa hizami bersama
Selesai sudah melakar nukilan
Kehendak Amal terpaksa dilayan
Andai hamba terlebih gurauan
Ambil yang manis yang pahit lupakan
Diri penglipur masih dirahsiakan
Bakat hamba tiada tandingan
Seloka ini jadi pengakhiran
Sebagai kenangan selepas bergraduan
Ukhwah dibina di dalam keluarga
Takkan goyah dek taufan melanda
Jadikan memori hidup bersama
Sebagai ingatan kita selamanya
Harap diriku kalian tak lupa
Semoga kita Berjaya semuanya
Salam terakhir buat semua
Andai kita tak ketemu semula
Narrated by:
Fixorites macheda
2013
Comments
Post a Comment