CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

STORY OF MY LIFE

EACH MANKIND HAS HIS OWN STORY..AND THIS IS MY STORY...THE TRUE STORY OF MY LIFE..MAY ALLAH BLESS ^-^

Friday, February 14, 2014

SELOKA TMB2 VERSION 2013 ^^

SELOKA PENGAKHIRAN
5 semester telah diteroka
Penglipur lara kembali berseloka
Menyambung hikayat sebuah keluarga
Yang dahulu muda sekarang dah tua

Masa berlalu meninggalkan kenangan
Namun yang manis takkan dilupakan
Kini dengarkan kisah sambungan
Ada yang sama, banyak pula perbezaan

Hendak dimulakan sebuah cerita
Salam pengenalan pembuka jendela
Namun kerisauan tetap terasa
Takut terlepas pekung di dada

Masih terkenang di tahun Satu
Waktu berjalan tertunduk malu
Amal yang kini bukanlah yang dulu
Kini tampil bermuka buku

Semakin bergaya tak kira masa
siddiq kini bukan lagi ketua
imbaukan kembali di seloka pertama
naqib berjaya menampakkan hasilnya

dulunya lincah membuat sapuan
hanep yang kini pengarah sukan
khalis bergaya berbagai jawatan
takkan sesekali melupakan teman

biarlah mati meninggalkan jasa
demikianlah prinsip seorang tentera
husna dan hana menunggang bersama
teman sebilik berkongsi cerita

kini hajar bergelar Jaksa
mengikat perut nak kurus katanya
dulu atin hidup bersederhana
kini empunya sebuah saga

penghulu jati diberi penghormatan
golongan dewasa menjadi sasaran
kaklong kini penari kebudayaan
tauhu lampong makanan kegemaran

rumah puaka tempat beradu
ular berbisa sering menganggu
gelisah Cik rai hendak mengadu
kursus kahwin akhirnye di tuju

bermula karier di TMB tiga
surat dipohon ditolak semuanya
Najwa dan Fizah kini bahagia
Keluarga baru di TMB dua

Kononnya juara di Kinabatangan
Akhirnye tumpas di negeri Sembilan
Itulah Farah perakit handalan
Sekadar merangkul naib johan

Harapan berjuang di bumi Ghaza
Wanita kini berjiwa perwira
Zuzu dan jiha sehati sejiwa
Memandu jentera besar posternya

Terimbau tabiat tepukan bersilang
Ummul kini semakin matang
Sahabat karibnya ku gelar maknjang
Menunggang laju tak pandang belakang

Thiyah kecil cili berapi
Kembar tersayang dah jadi MPP
Kononnya rembau kampung di hati
Pinang Gading malu nak akui

Jawatan setiausaha perkara biasa
Mungkinkah subiha dah penat bertanya
Kekal rentak ketawa yang lama
Safee yang menunggang dayah dapat nama

Biar masa ditelan zaman
Trademark NEHI tetap dikekalkan
Lani kini sudah tak segan
Bersusun berlian hingga ke lengan

Hutang budi takkan kulupakan
Penyelamat hidupku dari siksaan
Setiap semester dianugerahi dekan
Hanan hebat apa kurangnya Wan

Pari-pari terbang meninggalkan kita
Selesai tugas membersih jiwa
Hilang ghaib Mek Ti di angkasa
Mengapa dibawa hizami bersama

Selesai sudah melakar nukilan
Kehendak Amal terpaksa dilayan
Andai hamba terlebih gurauan
Ambil yang manis yang pahit lupakan

Diri penglipur masih dirahsiakan
Bakat hamba tiada tandingan
Seloka ini jadi pengakhiran
Sebagai kenangan selepas bergraduan

Ukhwah dibina di dalam keluarga
Takkan goyah dek taufan melanda
Jadikan memori hidup bersama
Sebagai ingatan kita selamanya

Harap diriku kalian tak lupa
Semoga kita Berjaya semuanya
Salam terakhir buat semua
Andai kita tak ketemu semula

Narrated by:
Fixorites macheda
2013

AKU DAN KAMU..DIA???

Assalamua’laikum my dear blog…??how are u doing??harini ni rase nk chatting2 sikit dengn inche blog…bole sajooo kan…cliché skali di bumi tajok chatting kite…macam tajuk drama gitewww…siapa aku??siapa kamu?? Dan sapo pulop dia??? Yang pastinye ianya bukanlah pasal citer lovey dovey pakwe makwe sume tu…xde mase den nk chatting pasal bende alah macam tu…I’m not that typical person…well, back to the business…errr…camne ek nak mula??ah sudah…hurm…tadi bukan main siap reka cerite dalam kepala…bila da melalut hilang segala bende…itulah bahayanya melalut ye anak-anak…orait…try to refresh back….actually nk citer something senanya… heard this story somewhere and I think it’s good to share it with u inche blog…the story begin….

Actually al kisahnya mengenai tiga sahabat yang senantiasa bersama…orang yang citer bende ni kate beliau sangat sukalah tengok kerapatan mereka bertiga ni…macam sweet je..macam comel je…(diingatkan semula watak2 dalam cerita ini adalah perempuan…so sangatlah tidak sesuai kepada mereka yang menginginkan ke-sweet-an dari pelbagai jantina)…especially 2 out of 3…moh le kite label deme pasangan A,B dan C…3 sahabat 3 sekawan…everytime everywhere always be together….sahabat aku yang aku label X ni kate dia suke tengok diorang especially A and B…dijadikan cerita B ni dulu jenis takut2 sikit…confidence level dia xbrape nk sampai dos yang ditetapkan…so A la yang senantiase menjadi peneman…holding her hands to give her comfort…menjadi peneman di kala pembentangan (or perbentangan???yang penting presentation la…ah sudah ak ni melayu ke idok???!!!) macam suka je sahabat X ni tengok…yang C tidak dilupakan…di mana2 senantiase bersama..di mana ade A di ctu ade B and C…kalau xde salah serang memang something wrong le tu…kalau dikira sejak foundation, it has been 2 years diorang jadi kawan…fuh..ak pon teringin gak nak ade kawan lama camtu…(I’m a nomadian, sejak kcik ak x pernah dok satu tempat lebih dari setahun..bole paham kot ape kaitannya dengan kawan).. kalau aku kalau dah 2 years befriend tu memang ak da consider kawan sepanjang hayat…macam memori dah kongsi sesame…kalaulah direkod sume memori tu..bile ditayangkan balik, tak ke rasa mcm bersyukur di anugerahkan sahabat macam ni…rasa mcm nak ulang balik semua memori2 tu…well…ke-sweet-an tu berkekalan sepanjang tahun pengajian pertama sehinggalah tahun pengajian kedua separuh..(or setengah tahun pengajian kedua?? Mana2 je lah…)…di setengah tahun kedua or to be precise semester kedua tahun kedua pengajian, segala-galanya berubah…..

Kamu dan Dia

Dipendekkan cerita ada lah seorang budak baru masuk ( dengarnye tukar kos) ke kelas di mana keempat2 watak (termasuk sahabat X sebagai watak sampingan) berada… da namanya budak baru masuk kan…sebab tukar kos pulak tu so dia x berape nak familiar dengan Susana kelas yang gila-gila lagi menggila tu…makanya sahabat A mengambil langkah murni mendekatkan diri dengan sahabat baru which labelnya di sini sahabat D…maka termasuklah sahabat D ni ke group trio A,B,C ni…so nama group di rebrand kan semula menjadi group A,B,C,D…lengkap 4 orang…maka berapatlah mereka berempat…suka pulak si X ni dengan kerapatan mereka….namun kesukaan tu tak lame…si X meneruskan cerita…sejak kemasukan sahabat D, sahabat A selalu meluangkan msa dengan sahabat D (atau shabat D yang melekat dengan sahabat A??si X pon xpasti)….lama kelamaan keakraban kedua2 sahabat tersebut semakin akrab dari masa ke semasa..waktu dan ketika sehingga meninggalkan sahabat B dan C ke belakang…pergi ke mana2 berdua sahaja tanpa disertai sahabat B dan C…dan ianya berlarutan sehinggalah tamat pengajian tahun kedua dan disusuli tahun ketiga…oleh kerana keakraban group A,B,C,D sangat dikenali oleh sahabat2 yang lain…maka ketikamana hilangnye sahabat A dan D, kedua-dua sahabat B dan C sentiase menjadi kaunter pertanyaan x bertauliah mengenai kedudukan terkini di mana hilangnya sahabat A dan D…situation getting worse bila mana kedua sahabat B dan C pon tidak diberitahu mengenai keberadaan kedua2 sahabat tersebut….lama kelamaan kedua sahabat B dan C  malas nak layan kalau org dok tnye…makanya di sini terhapuslah lah sudah group A,B,C,D..kini di mana ade A di situ ade D…tanpa B dan C…si X kata : “ aku xtau ape perasaan B dan C tengok A dan D…kalaulah aku kat tempat deme…rasa sakit tu ade la jugak…even ak x rapat ngn diorang pon da rase mcm bende tak kene je..inikan lagi diorang yang sejak dulu rapat”….the rest is history…

Kesimpulan

Well, sahabat is everything…I wont deny it..bagi ak, aku sangat menghargai kawan…sebab ak xpernah ade kawan baik..so if x declare as kawan baik..tapi rase manis ukhwah tu da ada…ak anggap as kawan baik jugak even pihak yang lagi satu x anggap camtu…sebabnya dari ak kecik hidup ak berpindah randah, I wont stay more than one year at one place..x sempat nak habis sekolah dah kene pindah tempat lain…n then setiap tahun mula sekolah ak akan jmpe muka2 baru…rase sunyi tu ade la jugak bila tengok orang lain sume dok kenai dah satu sama lain…ak sorang je makhluk asing x kenai sape2 kat situ…even just one week, rasa sunyi selama semnggu tu da mcm setahun…kita perlu kawan as replacement bile kita jauh dengan family…fungsi kawan bukan saling mengingati dan melengkapi Antara satu sama lain ka???that’s my own interpretation mengenai kawan…situasi yang sahabat X ak ni citer, aku da pernah rasa…the pain is….fuhhh! mcm kene siat wooo…I’m not telling that to find a new friend is a crime…it is not a crime…the more the merrier…lagi kita banyak kawan lagi meriah hidup kita…(tapi kene pandai jugak pilih kawan)…so, kalau rase da jmpe kawan sehidup semati..kawan yang lama jangan pernah dilupakan….jangan pernah tetibe nak asingkan diri dengan kawan yang lama (directly or indirectly)…maybe kawan lama tu x tunjuk..tapi dalam hati siape yang tahu…kawan itu adalah anugerah…setiap siapa yang appear dalam hidup kita ade contribution-nye sendiri…Cuma kita je yang tak sedar..(atau pura2 x sedar)…setiap orang ade die punye strength and weakness…siapa kita untuk pilih kawan yang sempurna kalau kita pon x sempurna…nobody is perfect…and sebab itu Allah ciptakan kita dengan berlainan attitude, ability and skill supaya kita dapat mengisi kekurangan yang ade pada orang lain dengan kekuatan yang kita possessed…maybe ade jugak yang kate pengasingan adalah ubat paling mujrab untuk kita tidak menyakitkan hati org lain..but to me..pengasingan diri adalah cara pling berkesan untuk kita sakitkan hati orang lain.. especially to those who care about you… okay..this is my opinion…aku mungkin x layak untuk menulis camni…tapi…as the one who feel the same pain before, I think I have to write this..supaya pain tu tak merebak sehingga menjadi benci…ukhwah itu indah…dan lagi indah jika semua merasainya… =D

Fuhh..berjela kita berchatting ye inche blog…xpe la…tak selalu pon…kalau da sampai mood malas ak nanty berabuk jugak kau..hekhekhek..orait…that’s all from me..moga kite bertemu kembali inche blog…

Wassalam (achansmiley2014)


p/s: any typo sila pedulikan..hohoho..typo itu normal terutama bagi mereka yang malas nak bace balik ape yang ditulis….


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...