halawatul iman~

orang mukmin,yang sebenar benarnya mukmin ialah orang yang apabila dia mendapat nikmat,dia bersyukur...apabila dia ditimpa musibah,juga dia bersyukur...kerna dia merasakan bahawasanya dia telah mandapat hikmah...semuanya dirasakan indah belaka kerna dia sudah pun merasai HALAWATUL IMAN. halawatul iman menyempurnaka hidup seorang mukmin....kesempurnaan dari segi kebendaan, perasaan,pemikiran dan kejiwaan.

APA ITU HALAWATUL IMAN???


halawatul iman atau kemanisan iman adalah satu ketenangna, kebahagiaan dan rasa aman hasil keyakinan yang mendalam kepada Allag, al-kitab, rasul dan lain-lain rukun iman...ia bersifat maknawi..tidak boleh dilihat, disentuh, tpi...hanya boleh dirasai....mereka yang telah menemui kemanisan ini akan merasa indah dalam setiap perbuatan yang menunjukkan ketaatan..berasa bahagia meninggalkan kemungkaran dan senantiasa sabar dan redho atas segala ujian....malah..sanggup mati demi mendapatkan cinta yang tulus dan agung dari-Nya...

tiada istilah sukar,lelah,penat dan susah bagi mereka yang telah mendapat halawatul iman....tiada istilah sedih dalam setiap ujian dan dugaan...mereka merasakan bahawa semua itu telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dan yakin akan hikmah di sebaliknya.....keyakinan tersebutlah yang akan menukarkan segala kejahatan kepada kebaikan yang memberi manfaat kepada dirinya...

jika iman itu Allah umpamakan sebagai pohon yang baik, maka halawatul iman diibaratkan sebagai buahnya yang telah masak ranum. seperti firmannya di dalam surah Ibrahim:

"tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah 
yang baik seperti pohon yang baik."(surah Ibrahim 14:24) 

bukan semua orang dapat merasai nikmat halawatul iman. sebagai seorang muslim yang senantiasa mencari dan mencari keredhaanNya, sudah menjadi satu kewajipan menjadikan agenda memburu halawatul iman sebagai agenda utama dalam kehidupan mereka. ingatlah bahawa kita hidup dengan iman..kita mati dengan iman dan kita masuk ke syurga dengan iman...mana mungkin semua itu boleh dikecapi jika iman di dalam diri terasa pahit. hanya mereka yang hatinya dipenuhi dengan rsa manisnya iman dapat mengecapi segalanya...

senantiasalah ingat bahawa apabila seseorang itu mencintai Allah..Allah akan mencintai dirinya kembali...segala urusannya di dunia dan di akhirat akan dipermudahkan....dalam hadith Qudsi, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"jika Allah mencintai seorang hamba,maka Allah akan berfirman:"wahai Jibril
aku mencintai seorang hamba,maka cintailah dia,"kemudian Jibril memanggil
penduduk langit dan berkata:"sesungguhnya Allah mencintai si fulan,maka 
cintailah dia"."(riwayat Ahmad daripada Abu Hurairah)

SubhanaAllah..alangkah indahnya hidup jika disirami rasa kasih dan cinta daripada Allah s.w.t...jadi..apa tunggu lagi ,...ayuh....gerakkan diri anda memburu Halawatul Iman..memburu cinta dan kasih teragung!
wallahua'lam...~


p/s:buat peringatan diri sendiri dan juga saudara2 yang dikasihi...sumber..solusi dan ayta sendiri la...huhuhu

Comments

Popular Posts