pesanan buat akhawat yg ku sayangi

suatu hari Saidina Ali r.a dan Siti Fatimah pergi menghadap Rasulullah S.A.W.mereka terkejut apabila melihat Rasulullah sedang menagis. Sehingga mereka bertanya gerangan apakah yg telah membuatkan kekasih Allah itu bermuram durja.
      "apakah yg mnyebabkan engkau menagis Ya, Rasulullah?tanya mereka.

Dan kemudian, Rasulullah memberikan mereka jwapan yg mmbuatkan mereka terdiam.

      "pada malam aku diisra' ke langit, di sana aku melihat wanita dalam keadaan yg sgt dhsyat. mengenangkan azab yg diterima mereka mmbuatkan aku menagis seperti ini."

mendengarkan jwaban berkenaan. Saidina Ali bertanya lagi akan perkara yang dilihat kekasih Allah itu sehinng baginda berasa amat sedih sekali.

       "aku melihat ada wanita yang digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak.kemudian ak melihat wanita yang digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang, dan timah cair dituangkan ke dalam halkumnya.
    
       "aku melihat wanita yang digantung kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun2, disuakan kepada mereka ular dan kala. aku melihat wanita yang memakan dagingnya sendiri, di bwahnya dinyalakan api neraka.aku lihat wanita yang mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri.

      "kemudian aku melihat wanita yang telingnya pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan berbau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

       "selain itu, aku juga melihat wanita yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar, pelbagai kesengsaraan dihadapinya. aku melihat wanita yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan punggungnya.malaikat memukulnya dengan corong api neraka" terang Rasulullah.

mendengarkan penerangan Rasulullah, puterinya Fatimah lantas bertanya akan perilaku wanita2 tersebut sehingga diazab sedemikian rupa.

LALU RASULULLAH MENJAWAB:

   "adapun wanita yang tergantung rambutnya itu adalah wanita ynag mendedahkan rambutnya pada yang bukan muhrim.perempuan yang tergantung lidahnya adalah wanita yang suka memaki dan menyakiti hati suami.manakala wanita yng digantung susunya adalah wanita yang menyusukan anak orang lain tanpa kebenaran suaminya. wanita uang kedua belah kakinya tergantung adlah wanita yg keluar dari rumah tnpa kebenaran suaminya.

   "wanita yang tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas adalah wanita yang memakan badannya sendiri, juga kerana berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang. wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka adalah wanita yang suka memperkenalkan dirinya kepada orang asing, berhias dan bersolek supaya kecantikannya dilihat oleh lelaki lain yang bukan muhrimnya.

   "wanita yang diikat kedua belah kakinya dan tnaganya ke ats ubun2, disuakan ular dan kala kepadanya adalah disebabkan dia mampu untuk solat tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah. wanita yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti khimar adlah si pendusta dan pengumpat.wanita yang rupanya seperti anjing adalah wanita yang suka membuat fitnah dan mmbenci suaminya."

di dalam hadith driwayatkan bukhari, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

      "aku melihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya sedahsyat ini, kerana ada permandangan yang dhsyat di dalamnya aku saksikan, kebanyakan ahli neraka itu adalah wanita. Rasulullah kemudian ditanya, mengapa sedemikian rupa. kemudian baginda menjwab:wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, jika engkau baik kepadanya seberapa bnyak pun, dia belum berpuas hati dan merasakan cukup."




akhwat sekalian, lihatlah betapa azabnya siksaan Allah di akhirat. dan betapa ramainya kaum hawa di dalamnya..~nauzubillahimin zalik~.jika diteliti balik..majoriti penyebabnya adalah yg durhaka pada suaminya...oleh itu,..taatilah suami mu...jagalah aurat mu.....peliharalah dirimu...jadilah dirimu sebaik2 perhiasan kerna sebaik2 perhiasan adlah wanita yang solehah.....




*sumber:iluv islam

Comments

Popular Posts